^^Rintik Rintik Community Official Blog^^

RINTIK RINTIK COMMUNITY ADALAH SATU KOMUNITI TENTANG REMAJA YANG PADA ASALNYA TELAH DI ILHAMKAN OLEH LIMA ORANG SAHABAT GILE-GILE PADA TAHUN 2008.MAKSUD DI SEBALIK NAME UNIK KOMUNITI INI BERASAL DARI HUJAN GERIMIS DI WAKTU PETANG,APABILA PELANGI DATANG.ERTINYA DI SEBALIK TITIS-TITIS AIR YANG MENGGAMBARKAN KESEDIHAN ADA SATU KEBAHGIAAN.RINTIK-RINTIK COMMUNITY AKAN SENTIASA MEWARNAI KEHIDUPAN KORUNK.DENGAN TERTUBUHNYA KOMUNTI INI,DIHARAP SEGALA RONA KEHIDUPAN REMAJA DAPAT KAMI SELAMI.MARILAH SAMA-SAMA BERKONGSI KISAH DAN PENGALAMAN ANDA BERSAMA KAMI DAN BERSAMA KITA MENJADI SATU KOMUNITI REMAJA YANG PENUH WARNA.SOKONGLAH RINTIKRINTIK COMMUNITY.JADI FOLLOWERS KITEORANG WUKEYH?
Jom Teriak Ramai-Ramai Dekat Sini!!!! Klik Saje button di bawah Ok?

ShoutMix chat widget

Soal Hati



HALAMAN SOAL HATI AKAN DIUPDATE 3 KALI SETIAP MINGGU.SO,RAJIN-RAJINKAN LAH MATE KORUNK TU BACE BACE SOAL HATI NI YA?SOKONGLAH RINTIK RINTIK COMMUNITY,BLOG UNTUK REMAJA.KAMI SAYANG KORUNK SEMUA!!!

TOPIK MINGGU INI:No1:Rahsia Lelaki







      Lelaki amat membenci gadis yang suka menggatal walaupun sekadar suka-suka, apatah lagi saja-saja nak berkenalan. Tidak akan ada pujuk rayu, tidak ada maaf untuk mereka ini kerana ianya akan menjadi satu alasan bagi lelaki untuk memutuskan perhubungan itu atau mulai mencari pasangan yang baru.
 www.notacinta.com
Rahsia #2
Apabila lelaki berkata yang dia tidak memahami apa yang dikatakan oleh wanita atau pun tidak faham langsung apa yang kaum wanita inginkan, itu bermaksud dia tidak suka cara itu kerana tidak mengikut caranya atau tidak berfikir cara yang dia fikir. (bosan, kan?!)
 www.notacinta.com
Rahsia #3
Apabila seorang lelaki menyukai seorang wanita, apa sahaja perkara yang dilakukan walaupun buruk akan kelihatan baik dan apatah lagi perkara yang baik akan bertambah hebat jadinya.
www.notacinta.com
Rahsia #4
Fahamilah! lelaki lebih menyukai perempuan yang bijak, genius dan mempunyai fikiran sendiri, daripada perempuan yang seksi, memakai jeans yang ketat, t-shirt pendek sehingga ternampak belakangnya, pusatnya atau perempuan yang bersinglet di pusat membeli-belah. Perempuan-perempuan yang seksi dan seksa ini hanya dilihat sebagai satu objek sex. Namun...jika berpelajaran, bijak dan seksi, ianya satu kelebihan besar!
www.notacinta.com
Rahsia #5
Lelaki selalunya suka melengah-lengahkan perhubungan cinta mereka untuk maju setapak kehadapan. Jadi, untuk kebahagian anda di masa depan dan perhubungan yang bermakna lebih elok jika terus mengetahui kemana arah perhubungan anda. Tanya apa yang dikehendakinya dan apa yang dia mahu di dalam perhubungan itu. Jangan biarkan ianya berlarutan dengan tiada pengertian, kerana ianya jelas sekali...hanya merugikan anda!
www.notacinta.com
Rahsia #6
Ianya adalah lebih baik sekiranya anda menguji kaum lelaki ini sebelum mempercayai mereka. Kerana lelaki tersangat lemah dengan ujian mau pun dugaan. Jadi, sekiranya mereka lemah dan mengaku kalah, lelaki itu 'not worth it' tetapi jika dia sanggup bertahan, itu bermakna dialah ‘Prince Charming’ anda. Tetapi jangan lama-lama sangat menguji lelaki...
www.notacinta.com
Rahsia #7
HATI HATI, lelaki boleh bergosip dan membuat cerita sehingga menjangkau ke separuh dunia, lebih pada wanita bergosip. Kata-kata dan tuduhan mereka juga lebih tajam! Kadang-kadang wanita boleh jadi benar-benar gila dengan lelaki sebegini. Tinggalkan saja lelaki yang ‘bermulut lembik’ ini.
 
www.notacinta.com
Rahsia #8
Lelaki boleh jadi gila apabila tangannya disentuh wanita ataupun hanya sekadar terlanggar bahu. Jadi salah-satu cara untuk memikat ialah buat-buat la terlanggar atau tersentuh tangan. Tengok reaksinya... 
 www.notacinta.com
Rahsia #9
Hati lelaki, sangat tersentuh dengan luahan cinta seorang wanita. Jelas sekali, wanita itu harus meneruskan perhubungan itu dan tidak boleh berundur lagi. Kerana ianya seperti sudah tersimpul mati!... Jadi, jika tidak berniat untuk serius bercinta, jangan sesekali memberi harapan palsu, merana dia.
 www.notacinta.com
Rahsia #10
Lelaki sebenarnya, tidak mencari sangat perempuan yang cantik atau rupa yang lawa, campuran, mix, pan asian, NO! Cukuplah jika gadis itu manis dipandang, bersih dan sangat pandai mengambil hati ibunya. 


*************************************************************************

No2:Tahap Cemburu Lelaki mengikut HOROSKOP!!! 

AquariusLelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx

Pisces

Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx


Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx


Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx

Leo

Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x

Scorpio

Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx

Sagitarius

Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

Capricorn

Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks: xxx


**Jangan Ketinggalan,Mulai 20/03/2011 ..Rintik Rintik Community akan menyiarkan 101 Satu Cara Mencari Cinta yang ditulis oleh pakar cinta popular, Brother Razzi Rahman.So,Stay Update bersame Belog ini dan sokonglah RINTIKRINTIK COMMUNITY
____________________________________________________________________________________________
rintikrintikcommunity
KALAU KORUNK ADE SEBARANG MASALAH ATAU PERTANYAAN,ATAU INGIN MELUAHKAN PERASAAN KORUNK,JANGAN MALU DAN SEGAN..KORUNK BOLEH TERUS EMAIL SAJE PADE ADMIN tengumaru@rocketmail.com .SEGALA MAKLUMAT KORUNK DAH SEMESTINYA KAMI RAHSIAKAN.SOKONGLAH RINTIK RINTIK COMMUNITY.BLOG UNTUK REMAJA.   WARNA,EMOSI,DAN PERASAAN.

Salam Muahh!!!,
      "Muhamad Syafiq"
(Admin Belog Ini Daa)